teRms n' Conditions

TERMA & SYARAT: 
        
 1. Pembelian secara on-line terbuka kepada semua orang dan anda bolehlah rujuk promosi   terkini yang kami tawarkan dari masa ke semasa. 
2. Segala tempahan yang dibuat mestilah dilakukan secara e-mail dan sistem pesanan ringkas (SMS). Bukti pembayaran perlulah disertakan bersama e-mail. (scan and e-mail / MMS)
3. Semua harga produk yang ditawarkan adalah tetap. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
4. Semua pembelian adalah muktamad. Barangan yang telah dijual tidak boleh ditukar dan dipulangkan.
5. Pastikan segala butiran yang anda berikan  seperti Nama, Alamat, Nombor telefon dan kod item adalah betul  kerana kesilapan dari pihak anda akan melambatkan proses jual beli.             
6. Wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan kecuali barang yang ditempah “out of stock”.                                                              
7. Tempahan hanya sah untuk tempoh 2 hari. Selepas 2 hari, tempahan tanpa pembayaran akan dianggap terbatal dengan sendirinya. First-Come-First-Serve basis.
8. Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami melalui telefon 2 hari selepas anda membuat tempahan awal. Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami hanya dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status. 
9. Proses penghantaran biasanya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 3-5 hari bekerja bagi Malaysia Timur setelah tempahan yang dibuat dan disahkan pembayarannya. Kami akan memaklumkannya melalui e-mel/sms apabila produk telah dihantar kepada anda. 
10. Pihak kami tidak akan bertangungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan sewaktu penghantaran.
11. Sekiranya anda tinggal di Putrajaya kami akan menghantar sendiri barang yang dibeli kepada anda dan penghantaran adalah secara percuma.

KOS PENGHANTARAN PRODUK:

1.      - Bagi bantal dan tilam kekabu kos penghantaran bergantung kepada berat timbangan produk tersebut.
2.      - Bagi songket, pakaian kanak-kanak dan bayi kos penghantaran adalah tertakluk kepada jenis perkhidmatan pos.
**Penghantaran akan dibuat melalui perhidmatan Pos Ekspress atau Pos Laju bergantung kepada jenis barang yang dibeli. 
**Kadar bayaran pos tertakluk kepada perubahan.
**Segala pertanyaan boleh berhubung melalui email/telefon : putracollections@gmail.com / 019-3757936